Logo Rocksolid EdTech and Training ROCKSOLID EDTECH & TRAINING
Utama / Jurulatih

Barisan Jurulatih Rocksolid

Teknologis Profesional MBOT, jurulatih bertauliah HRD Corp, instruktor antarabangsa dan pakar industri — gabungan pengalaman operasi sebenar dan kemahiran mengajar.

NB
AI & TEKNOLOGI TERKINI

DSP Ts. Norzaidi Baharudin

Pegawai Kanan, Polis Diraja Malaysia Keselamatan Siber · OSINT · Kecerdasan Buatan · Rangkaian Wayarles
Sinopsis

Bertanggungjawab merancang dan menyelaras infrastruktur rangkaian dan digital serta keselamatan siber. Sebagai Certified INTERPOL Instructor dan Certified MQA Trainer, beliau kerap menyampaikan syarahan keselamatan siber dan penggunaan AI kepada PDRM, Kementerian Dalam Negeri, PETRONAS dan YADIM, serta terlibat dalam latihan INTERPOL di peringkat antarabangsa. Penyelidikan beliau dalam pengesanan pencerobohan rangkaian wayarles 802.11 telah diterbitkan oleh IEEE.

Kelayakan Profesional
  • Professional Technologist, MBOT
  • Certified INTERPOL Instructor
  • Certified MQA Trainer
  • MBOT TTAC Accreditation Auditor
  • M.Sc. Computer Networking, UiTM
7 syarahan Siber & AI, 2025–2026
4 negara INTERPOL & UNICRI
3 penerbitan IEEE & jurnal antarabangsa
WH
RANGKAIAN & INFRASTRUKTUR IT

Ts. Dr. Wan Muhammad Hazwan Ahmad Azamud-Din

Ketua Jabatan Elektrik, Institut Latihan Perindustrian Tangkak Rangkaian Komputer · Cisco & H3C · CyberOps · Named Data Networking
Sinopsis

Teknologis Profesional MBOT dalam bidang Teknologi Maklumat dengan Ph.D Sains Komputer (Rangkaian) dari UKM. Lebih 20 tahun pengalaman merangkumi industri rangkaian, penyelidikan dan latihan vokasional, termasuk 16 tahun sebagai Pegawai Latihan Vokasional di ADTEC Batu Pahat. H3C Certified Technical Instructor dan CCNA ITQ Instructor sejak 2010.

Kelayakan Profesional
  • Professional Technologist (IT), MBOT
  • H3C Certified Technical Instructor
  • Cisco CCNA CyberOps
  • Cisco CCENT
  • CCNA ITQ Instructor
20+ tahun Rangkaian & latihan vokasional
10 penerbitan IEEE, Sensors, Mathematics, Springer
Sejak 2010 Instruktor CCNA ITQ & H3C
MI
KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)

Ts. Dr. Mohd Izhwan bin Muhamad

Pegawai Sains, Fakulti Kejuruteraan UPM OSH · ISO 9001 / 14001 / 17025 · Pengurusan Tenaga
Sinopsis

Jurulatih Bertauliah HRD Corp dan Teknologis Profesional MBOT dengan Ph.D Kejuruteraan Elektrik dari UPM. Lebih 18 tahun pengalaman dalam pengurusan makmal, kualiti dan keselamatan; Setiausaha Jawatankuasa OSH Fakulti Kejuruteraan UPM sejak 2008. Juruaudit Utama ISO 9001 yang telah mengetuai lebih 30 audit, dan pernah menjadi perunding kepada MARA serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Kelayakan Profesional
  • Train The Trainer (TTT), HRD Corp
  • Teknologis Profesional (PTech), MBOT
  • Juruaudit Utama ISO 9001, RABQSA/IRCA & SIRIM
  • Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar (REEM)
  • Certified Energy Manager (CEM)
18 tahun Pengalaman OSH di UPM
30 audit ISO 9001, 14001 & 17025
12 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM
YS
PEMASARAN DIGITAL & PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Mohd Yasir Sabrun

Senior Digital Marketing & E-Commerce Growth Specialist TikTok Shop · GMV Max · Meta Ads · Performance Marketing
Sinopsis

Pengasas dan perunding di GMAX Intelligence Sdn. Bhd., bekas Senior Digital Marketer di Kcolly HQ. Telah membantu pelbagai jenama mencapai jualan bulanan enam hingga tujuh angka di Malaysia dan Indonesia. Berpengalaman membimbing pengasas dan pasukan pemasaran secara praktikal terus di dalam akaun iklan sebenar.

Kelayakan Profesional
  • TikTok Shop Ads & strategi GMV Max
  • Meta Ads (Facebook & Instagram)
  • Funnel iklan & pengoptimuman penukaran
  • Automasi WhatsApp & aliran CRM
  • Strategi pasaran Malaysia & Indonesia
RM10 juta Jualan bulanan K-COLLY (MY & ID)
RM1 juta Jualan bulanan V Asia
RM500 ribu Jualan bulanan Kek Lapis Opah Sarawak
ZA
TEKNOLOGI & APLIKASI DRON

Zek Aman bin Abd Ghani

Pakar & Jurulatih Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) Dron DIY · Dron Pertanian · Penyelenggaraan UAV · Pemetaan
Sinopsis

Memegang Remote Pilot Certificate of Competency (RCoC) daripada CAAM bagi modul Pertanian, Basic dan EVLOS, serta Jurulatih Bertauliah HRD Corp dan CIAST. Penyelidik dan jurulatih dron di UMPSA (2006–2023), jurulatih pendidikan dron Terra Drone Malaysia sejak 2020, dan pernah mengendalikan kursus dron untuk RISDA, UiTM, UTeM dan UMK.

Kelayakan Profesional
  • RCoC (AGR) Modul 2, CAAM
  • RCoC Basic & EVLOS Modul 1, CAAM
  • E-Lesen LRMP (PCO), Jabatan Pertanian
  • Jurulatih Bertauliah HRD Corp (TTT)
  • SKM Tahap 2 Pengendalian Dron, JPK
30+ dron Dibina sendiri, pelbagai kegunaan
2 buku Panduan Asas Dron DIY & Agri Dron
3 sijil CAAM RCoC AGR, Basic & EVLOS
SR
PENGURUSAN KEWANGAN & PERNIAGAAN

Syahirah Rohim

Perancang Kewangan Syariah Pelaburan · Takaful · Wasiat, Hibah & Pusaka
Sinopsis

Memegang gelaran Affiliate Shariah Registered Financial Planner, Financial Adviser Representative dan Financial Planner Representative. Berkecimpung dalam industri kewangan sejak 2017, berlesen dengan FIMM, IBFIM, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Berlatar belakang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari UIAM.

Kelayakan Profesional
  • Affiliate Shariah Registered Financial Planner
  • Financial Adviser Representative (FAR), BNM
  • Financial Planner Representative (FPR), SC
  • Lesen Unit Amanah & PRS, FIMM · Takaful, IBFIM
  • Shariah Estate Planner (SEP)
9+ tahun Dalam industri kewangan
5 lesen FIMM, IBFIM, BNM & SC
3 bidang Pelaburan, takaful & pusaka Islam

Pilih jurulatih untuk program anda

Kami padankan jurulatih dan modul mengikut objektif organisasi anda.

Minta Kertas Cadangan Lihat Program